Isnin, Januari 10, 2011

بارك الله

Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.

Jawapan kepada orang yang menyampaikan tahniah

Semoga Allah melimpahkan berkatNya ke atas engkau, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikan engkau seumpamanya serta memperbanyakkan pahala engkau.

Doa perlindungan untuk anak-anak

Rasulullah s.a.w. telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca :

"Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana 'ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit)."

---------------------
HR. Al-Bukhari 4/119.

Ahad, Oktober 10, 2010

بارك الله لكما


Mabrouk As !

"Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin lelaki dan perempuan) dalam kebaikan.”(HR. Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)


Apabila seseorang di antara kamu berkahwin dengan seorang perempuan @ mengupah pembantu @ membeli kenderaan hendaklah mengucapkan :

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan apa yang telah Engkau ciptakan pada wataknya dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukannya dan apa yang telah Engkau ciptakan pada wataknya." (HR. Abu Dawud 2/248, Ibnu Majah 1/617 dan lihat Shahih Ibnu Majah 1/324)