Ahad, Mei 31, 2020

الناس

Antara teknik halus syaitan was-waskan hati manusia:

1.   "Kalau Allah tu ada atau Maha Penyayang, kenapalah doa aku tak makbul-makbul? Kenapa la Dia buat aku macam ni??" (rosakkan iman & akidah).

2.   Sekiranya tidak mampu; "Kita ni manusia biasa bukan Nabi, biasa la tu buat dosa, boleh taubat nanti-nanti" (rasa maksiat biasa).

3.   Sekiranya tidak mampu; "Ala, solat lambat sket takpe, biar lambat asal selamat buat" (lengahkan suruhan).

4.   Sekiranya tidak mampu; "Ehem2, aku banyak ilmu banyak amal, kau hado?" (riyak).

5.   Sekiranya tidak mampu; "Astaghfirullah subhanallah, kenapalah semua susah qiyam malam, aku hari-hari bangun rilek je" (kagum dengan diri sendiri).

6. Sekiranya tidak mampu; "Demo lo ni tidok supo kawe dulu, talaqqi nahu balaghoh macey-macey guru wey" (perlekeh orang lain).

7. Sekiranya tidak mampu; "Alaa dia bukan bagus sangat pun, aku tau la, nak nunjuk je tu" (hasad & sangka buruk).

Demikianlah Allah mengingatkan kita:

مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ * ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ
 "...Dari kejahatan bisikan yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia" [al-Nas: 4-5].

-Dr. Kamilin Jamilin-

Jumaat, Ogos 01, 2014

إرسال

http://sekolahpenulisan.com/writers-block/

Ada satu ketakutan yang baik dalam menulis. Takut berdosa. Solusinya tulis perkara yang menyebabkan pembaca melakukan kebaikan. Dan setiap kali kita menulis simpan cita-cita ini di dalam hati :

"Semoga tulisan yang kita tulis hari ini memberi pahala berterusan selepas kita mati"