Isnin, Januari 10, 2011

بارك الله

Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.

Jawapan kepada orang yang menyampaikan tahniah

Semoga Allah melimpahkan berkatNya ke atas engkau, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikan engkau seumpamanya serta memperbanyakkan pahala engkau.

Doa perlindungan untuk anak-anak

Rasulullah s.a.w. telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca :

"Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana 'ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit)."

---------------------
HR. Al-Bukhari 4/119.

2 ulasan:

  1. subhanallah..tahniah..sy seronok melihat org yg dianugarahkan anak..sdgkan sy masih menunggu sejak 3 th yg lalu..

    BalasPadam
  2. insha-Allah sampai masanya Allah kurniakan yang terbaik. ameen~

    BalasPadam

Hamba Allah